Fakta Ringkas


The United Kingdom

UK terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Ireland Utara,dan ialah sebuah daripada 25 ahli negeri-negeri Persatuan Eropah (EU).

balik ke atas

Ibu negara

  • London – England
  • Edinburgh – Scotland
  • Cardiff – Wales
  • Belfast – Ireland Utara

balik ke atas

Kawasan

Darat dan air: 152,033 batu persegi

balik ke atas

Populasi

UK – Lebih kurang 60.6 juta
(England 50,714,000; Wales 2,977,000; Scotland 5,108,000; Ireland Utara 1,733,000).

balik ke atas

Bahasa

Dua bahasa rasmi di Britain adalah bahasa Inggeris dan Welsh, namun bahasa Inggeris digunakan dengan lebih meluas. Scottish Gaelic juga digunakan di beberapa tempat di Scotland.

balik ke atas

Rakyat

Majoriti populasi merupakan bangsa Inggeris, Scot, Welsh, dan Irish. Namun, Britain adalah sebuah negara dengan budaya integrasi bangsa dan perpaduan yang teguh.

balik ke atas

Agama

Kebanyakannya beragama Kristian (71%), walaupun agama-agama lain, termasuk Buddha, Hindu, Yahudi, Islam dan Sikh bebas diamalkan. Kira-kira 23% Britain tidak beragama.

balik ke atas

Kerajaan

UK merupakan sebuah pemerintahan beraja berpelembagaan yang mewakili demokrasi, di mana Ratu Elizabeth II diiktiraf sebagai ketua negara, dan Perdana Menteri terpilih -- Tony Blair – sebagai pemimpin kerajaan.

 

balik ke atas

Profil Ekonomi

UK merupakan kuasa perniagaan dan pusat kewangan utama. Pertanian adalah industri yang penting dan sangat efisien. Tenaga kuasa utama, seperti batu arang dan minyak, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi, tetapi perkhidmatan seperti perbankan dan insurans merupakan penyumbang yang terutama.

balik ke atas

Mata Wang

Britain menggunakan pound sterling. Simbol Great British Pound (GBP) adalah £.

balik ke atas

Zon masa

  • 29 Oktober – 26 Mac: Masa Selaras Sedunia (UTC)
  • 26 Mac – 29 Oktober: UTC + 1

balik ke atas

Iklim

Britain mempunyai iklim yang agak sederhana dan kadangkala mendung. Cuaca boleh berubah dengan banyak dari hari ke hari, tetapi amnya muzim panas (Jun-Ogos) mencapai kepanasan antara 14-30 C, dan musim sejuk (Disember-Februari) sejuknya antara 1-4 C.

balik ke atas

Cuti Utama UK 2008

1 Januari, 2 Januari , 17 Mac, 21 Mac, 24 Mac - (England, Wales dan Ireland Utara), 5 Mei, 26 Mei, 14 Julai - (Ireland Utara sahaja), 4 Ogos - (Scotland sahaja), 25 Ogos – (England, Wales dan Ireland Utara),  25 Disember, 26 Disember

>> Zon masa & cuti

balik ke atas

Berat & ukuran

Sejak awal Britain menggunakan Sistem Imperial, tetapi peraturan baru mewajibkan penggunaan Sistem Metrik dengan pengecualian bagi beberapa perkara, contohnya jarak dan kelajuan diukur menggunakan batu dan batu sejam.

balik ke atas

Kuasa Elektrik

Voltan adalah 240 volt AC pada 50HZ. Peralatan amnya menggunakan plug 3-pin empat segi dan soket elektrik standard.

balik ke atas

back to top


Cari