Fakta Ringkas
The United Kingdom
UK terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Ireland Utara,dan ialah sebuah daripada 25 ahli negeri-negeri Persatuan Eropah (EU).
balik ke atas
Ibu negara
- London – England
- Edinburgh – Scotland
- Cardiff – Wales
- Belfast – Ireland Utara
balik ke atas
Populasi
UK – Lebih kurang 60.6 juta
(England 50,714,000; Wales 2,977,000; Scotland 5,108,000; Ireland Utara 1,733,000).
balik ke atas
Bahasa
Dua bahasa rasmi di Britain adalah bahasa Inggeris dan Welsh, namun bahasa Inggeris digunakan dengan lebih meluas. Scottish Gaelic juga digunakan di beberapa tempat di Scotland.
balik ke atas
Rakyat
Majoriti populasi merupakan bangsa Inggeris, Scot, Welsh, dan Irish. Namun, Britain adalah sebuah negara dengan budaya integrasi bangsa dan perpaduan yang teguh.
balik ke atas
Agama
Kebanyakannya beragama Kristian (71%), walaupun agama-agama lain, termasuk Buddha, Hindu, Yahudi, Islam dan Sikh bebas diamalkan. Kira-kira 23% Britain tidak beragama.
balik ke atas
Kerajaan
UK merupakan sebuah pemerintahan beraja berpelembagaan yang mewakili demokrasi, di mana Ratu Elizabeth II diiktiraf sebagai ketua negara, dan Perdana Menteri terpilih -- Tony Blair – sebagai pemimpin kerajaan.
balik ke atas
Profil Ekonomi
UK merupakan kuasa perniagaan dan pusat kewangan utama. Pertanian adalah industri yang penting dan sangat efisien. Tenaga kuasa utama, seperti batu arang dan minyak, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi, tetapi perkhidmatan seperti perbankan dan insurans merupakan penyumbang yang terutama.
balik ke atas
Mata Wang
Britain menggunakan pound sterling. Simbol Great British Pound (GBP) adalah £.
balik ke atas
Zon masa
- 29 Oktober – 26 Mac: Masa Selaras Sedunia (UTC)
- 26 Mac – 29 Oktober: UTC + 1
balik ke atas
Iklim
Britain mempunyai iklim yang agak sederhana dan kadangkala mendung. Cuaca boleh berubah dengan banyak dari hari ke hari, tetapi amnya muzim panas (Jun-Ogos) mencapai kepanasan antara 14-30 C, dan musim sejuk (Disember-Februari) sejuknya antara 1-4 C.
balik ke atas
Cuti Utama UK 2008
1 Januari, 2 Januari , 17 Mac, 21 Mac, 24 Mac - (England, Wales dan Ireland Utara), 5 Mei, 26 Mei, 14 Julai - (Ireland Utara sahaja), 4 Ogos - (Scotland sahaja), 25 Ogos – (England, Wales dan Ireland Utara), 25 Disember, 26 Disember
>> Zon masa & cuti
balik ke atas
Berat & ukuran
Sejak awal Britain menggunakan Sistem Imperial, tetapi peraturan baru mewajibkan penggunaan Sistem Metrik dengan pengecualian bagi beberapa perkara, contohnya jarak dan kelajuan diukur menggunakan batu dan batu sejam.
balik ke atas
Kuasa Elektrik
Voltan adalah 240 volt AC pada 50HZ. Peralatan amnya menggunakan plug 3-pin empat segi dan soket elektrik standard.
balik ke atas