VisitBritain - Selamat Datang
Kami adalah negara yang sangat ‘diverse’ dan progresif dengan budaya kukuh dalam integrasi sosial dan toleransi. Pada kurun ke-19, Britain merupakan kuasa dominan di sektor perindustrian dan maritim dan telah memainkan peranan utama dalam pembangunan demokrasi berparlimen dan kesusasteraan dan sains.
‘Britain’ sendiri tidak wujud sebagai sebuah pulau sejak 6500SM. Baca bagaimana kami menjadi pusat terkemuka untuk perdagangan dan kewangan di dunia.
UK ialah monarki berperlembagaan yang mewakili demokrasi. Tiga elemen yang membentuk Parlimen ialah, Permaisuri, ‘House of Lords’ dan ‘House of Commons’ yang dipilih.
Monarki adalah institusi kerajaan yang tertua. Di Britain, Permaisuri kami bukan sahaja Ketua Negara, tetapi juga simbol penting perpaduan nasional.
Agama rasmi di Britain ialah Kristian seperti yang diamalkan oleh Gereja Anglikan. Walau bagaimanapun, Britain ialah masyarakat pelbagai kepercayaan yang berusaha untuk mempromosikan toleransi dan penerimaan agama.