Pemerintahan Beraja
Pemerintahan Beraja
Sejarah Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja merupakan kerajaan institusi yang tertua. Permaisuri Elizabeth II berasal terus dari keturunan Raja Egbert, yang menyatukan England di bawah pemerintahannya pada 829.
Pencelahan ke atas pemerintahan beraja hanya ketika pemerintahan republik, yang berkuasa dari 1649 to 1660.
Pemimpin Negara
Kini, Ratu bukan sahaja pemimpin negara malah simbol yang penting untuk perpaduan negara. Gelaran Ratu di England adalah 'Elizabeth the Second, by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of Her other Realms and Territories Queen, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith'. Di Pulau-pulau Selat dan Isle of Man, Ratu diwakili oleh seorang Leftenan-Gabenor.
Negara-negara Komanwel
Walaupun raja bertakhta di Britain, Ratu turut merupakan ketua negara bagi beberapa negara Komanwel. Di setiap negara, Ratu diwakili oleh Gabenor-Jeneral, yang dilantik olehnya atas nasihat daripada menteri-menteri negara tersebut dan tidak bergantung pada Kerajaan British. Bagi setiap kes, bentuk gelaran diraja berbeza. Negara-negara Komanwel yang lain merupakan republik dan mempunyai pemerintahan beraja masing-masing. Bagi yang bergantung pada kerajaan British, lazimnya gabenor mewakili Ratu.