Agama

Agama

Kepercayaan agama di Britain

Agama rasmi di Britain ialah Kristian yang diamalkan oleh Gereja Anglican.

Pengikut mazhab Kristian ini dikenali sebagai Protestan dan merangkumi majority populasi, tetapi Britain adalah masyarakat berbilang kepercayaan dan semua agama lain, termasuk Buddha, Hindu, Yahudi, Islam dan Sikh bebas diamalkan. Kira-kira 23% Britain tidak beragama.

Britain Katolik

Sebelum pemerintahan Raja Henry VIII, Britain merupakan negara Katolik Roman yang mana hal keagamaannya dipimpin oleh negara Vatican di Rom. Pada 1533 Raja Henry VII menubuhkan Gereja Anglikan apabila Vatican enggan membenarkannya untuk menceraikan isteri pertamanya. 

Perkembangan Gereja Anglikan

Henry terdesak untuk mendapatkan waris lelaki, dan ketika itu isteri pertamanya hanya dikurniakan anak perempuan sahaja. Apabila Vatican enggan membenarkannya menceraikan isterinya, beliau naik berang dan memilih untuk menubuhkan kepercayaannya sendiri – Gereja England – dan menabalkan dirinya sebagai pemimpin.

Gereja Anglikan kini

Kepercayaan Katolik mempunyai kebangkitan singkat ketika pemerintahan Ratu Mary (1553), tetapi Gereja Anglikan telah dikembalikan semula oleh Ratu Elizabeth pada 1558 dan telah menjadi agama rasmi semenjak itu. Kini, setiap raja yang berdaulat mesti bersumpah untuk menegak dan mempertahankan kepercayaan Anglican dan dimestikan untuk mengahwini seorang Protestan.

back to top


Cari