Panduan Kelas Pertama ke Britain

Ikuti pengalaman petugas pos lelaki dan wanita Britain menerusi video eksklusif di sekitar Britain dan mengungkai rahsia disebaliknya.

Petugas pos tempatan Britain memiliki pandangan masing-masing mengenai keunikan lokasi tumpuan popular setiap hari ketika menghantar surat.  Lebih penting lagi, mereka mengetahui segala rahsia yang hanya ditemui setelah beberapa tahun bertugas di kawasan mereka.

Panduan Kelas Pertama ke London

Ikuti Nancy Doyle iaitu seorang posmen wanita membawa anda permata tersembunyi London.

Nancy telah bertugas di Royal Mall selama lebih 19 tahun dengan menghantar surat di sekitar pusat London. Taman Posman terletak di sebalik St Paul's Cathedral iaitu salah satu lokasi persembunyian pilihannya. Taman rahsia ini merupakan ilham seorang tukang cat George Frederick Watts yang ingin meraikan semangat keperwiraan orang-orang yang dilupakan. Dinding taman ini terdapat 47 batuan yang dicat tangan bagi memperingati orang kebanyakkan yang mengorbankan kehidupan mereka demi membantu orang lain.

Pasar Old Billingsgate Fish merupakan satu lagi lokasi pilihan Nancy yang kaya dengan pemandangan-pemandangan terbaik di ibukota seperti sebatang sungai menghala ke Greenwich. Pasar Leadenhall terletak di kawasan laluan beliau dan cerita ‘Tom the Goose” menjadi kegemarannya. Dikatakan pada kurun ke 19, para pedagang mempunyai tempoh selama 2 hari untuk  menghapuskan 34,000 ekor angsa. Mereka berjaya melakukannya namun ada seekor yang terselamat. Penduduk tempatan yang bersimpati menamakannya Tom. Tom telah hidup selama 38 tahun dan dikatakan telah ditanam di tengah-tengah pasar.

Temui lebih banyak permata tersembunyi melalui petugas pos Britain

Robert Ramsey

Panduan Kelas Pertama ke Utara Ireland

Posman Robert Ramsay MBE berkongsi tentang keunikan istimewa Utara Ireland termasuk Downhill Beach yang mengkagumkan bersama Castle serta Castlerock Golf course.

Panduan Kelas Pertama ke Utara Ireland
Jane Marshall

Panduan Kelas Pertama ke Wales

Saksikan petugas pos wanita Jane Marshall membawa anda dari kebisingan Cardiff Bay ke Cosmeston Lakes yang menenangkan serta perkampungan medival (yang tidak begitu indah).

Panduan Kelas Pertama ke Wales
Barry Hutchinson

Panduan Kelas Pertama ke Yorkshire

Bersama posmen Barry Hutchinson membawa kita menikmati keindahan Yorkshire sambil berkunjung ke Whitby Abbey yang meberi ilham kepada Bram Stoker's Dracula dan set penggambaran siri TV, Heartbeat.

Panduan Kelas Pertama ke Yorkshire
Tracy Smith

Panduan Kelas Pertama ke Cornwall

Bersama Tracy Smith mengelilingi Cornwall, di mana terletaknya pejabat pos tertua Britain yang merupakan destinasi bertema alam sekitar terbaik di UK.

Panduan Kelas Pertama ke Cornwall
Gwen Flemming

Panduan Kelas Pertama ke Edinburgh

Petugas pos Gwen Flemming menunjukkan permata tersembunyi pilihannya di Edinburgh termasuk kafe yang didakwat dengan kota berkubah bawah tanah yang berpuaka.

Panduan Kelas Pertama ke Edinburgh

Royal Mail

Orang ramai boleh membantu petugas pos dengan menghantar poskad lokasi-lokasi menarik seperti berikut menggunakan alamat dan poskod yang betul.

Poskod boleh disemak di laman web www.royalmail.com (www.royalmail.com/portal/rm) atau menghubungi 08457 111 222. Kepada mereka yang melancong ke mana-mana lokasi menarik pada musim panas ini, Post Office menawarkan pakej-pakej perkhidmatan pelancongan nilai hebat termasuk pertukaran wang, Kad Melancong dan insurans pelancongan.

Kunjungi Post Office di tempat anda untuk keterangan lanjut @ lawati www.postoffice.co.uk.

back to top


Cari