Di sini anda boleh memuat turun beberapa imej-imej hiasan skrin yang menarik serta gambar-gambar tempat tarikan kegemaran anda di Britain. Untuk mula memuat turun, pilih satu hiasan skrin dari bahagian daerah pada menu di sebelah kiri. Setelah anda membuat pilihan imej mana yang anda mahu muat turun, ikut arahan di bawah bergantung pada jenis komputer yang anda gunakan.
WINDOWS:
1. Pilih sebuah imej dan klik pada pautan di bawahnya yang serasi dengan resolusi skrin anda (untuk melihat resolusi apa yang anda gunakan, klik kanan pada desktop anda dan pilih Properties >> Settings - resolusi anda ditunjukkan di bawah Screen Area, di bahagian bawah kanan kotak Properties).
2. Hiasan skrin desktop pilihan anda versi saiz penuh akan dipaparkan di dalam sebuah tetingkap pelayar yang baru.
3. Klik kanan pada imej tersebut dan sebuah menu Windows akan dipaparkan.
4a. Klik pada Set as Wallpaper atau Set as Background, atau pun dengan cara lain...
4b. Klik kanan pada imej tersebut dan pilih Save Image As, pilih satu nama fail, tambahkan .jpg dan simpan imej tersebut di desktop anda. Dari menu Start, pergi ke Settings >> Control Panel >> Display >> Background - dan pilih Browse, pergi ke Desktop, buka fail .jpg tadi dan klik OK.
5. Hiasan Skrin Desktop VisitBritain anda akan terpapar pada desktop anda.
MACINTOSH OSX:
1. Pilih sebuah imej dan klik pada pautan di bawahnya yang serasi dengan resolusi skrin anda - untuk melihat resolusi apa yang anda gunakan, klik pada menu Apple dan pilih System Preferences >> Displays.
2. Hiasan Skrin desktop pilihan anda versi saiz penuh akan dipaparkan di dalam sebuah tetingkap pelayar yang baru.
3. Tekan Ctrl, klik imej tersebut dan pilih Save Image to the Desktop.
4. Tekan Ctrl dan - pada masa yang sama - klik pada desktop anda.
5. Pilih Change Desktop Background dan klik pada tab Desktop di menu pop-up Desktop & Screensaver.
6. Pilih Choose Folder >> Desktop dan cari imej yang dimuat turun tadi, kemudian klik Choose (di bahagian bawah kanan) dan tutup menu Desktop & Screensaver.
7. Hiasan Skrin Desktop VisitBritain anda akan terpapar pada desktop anda.
MACINTOSH OS 9:
1. Pilih sebuah imej dan klik pada pautan di bawahnya yang serasi dengan resolusi skrin anda - untuk melihat resolusi apa yang anda gunakan, klik pada menu Apple dan pilih Control Panel.
2. Hiasan Skrin desktop pilihan anda versi saiz penuh akan dipaparkan di dalam sebuah tetingkap pelayar yang baru.
3. Tekan Ctrl, klik imej tersebut dan pilih Download Image to Disk.
4. Simpan imej tersebut ke dalam cakera keras anda (di dalam System >> Appearance >>Desktop Pictures).
5. Dari menu Apple, pilih Control Panel >> Appearance.
6. Dari tab Desktop, klik Place Picture dan cari imej Hiasan Skrin anda.
7. Pilih Position Automatically dari menu pop-up Position dan klik Set Desktop.
8. Hiasan Skrin Desktop VisitBritain anda akan terpapar pada desktop anda.