Komunikasi

Phone Box and London Eye

Telefon Awam

Walau di mana anda berada di UK, anda tidak akan berada jauh dari sebuah telefon awam, dan kini perkhidmatannya melebihi hanya khidmat telefon sahaja termasuk emel, mesej teks telefon bimbit, dan perkhidmatan internet.

Kebanyakan telefon awam menerima duit syiling 10p, 20p, 50p & £1. Ada yang menerima syiling £2. Panggilan dikenakan caj ke 10p terdekat. Hanya syiling yang tidak digunakan akan dikembalikan jadi seeloknya anda harus mengelak daripada menggunakan syiling 50p, £1 atau £2 untuk panggilan singkat.
Ada telefon awam yang menerima syiling 50c, 1 Euro dan 2 Euro. Kadar pertukaran adalah 1 Euro = 60p dan mata wang Euro hanya boleh digunakan untuk panggilan dail terus. Kad kredit/debit dan kad panggilan tempatan juga boleh digunakan di kebanyakan telefon awam.

Caj telefon awam

Panggilan tempatan – panggilan tempatan tunai kepada nombor tempatan adalah 30p bagi 15 minit pertama, kemudian 10p bagi setiap 7.5 minit selepasnya. Jika anda menggunakan kad kredit atau debit, bayaran minimum bagi panggilan tempatan adalah 95p. Caj panggilan ke nombor kadar premium, telefon bimbit atau panggilan yang dibuat melalui operator adalah £1.20p

Panggilan antarabangsa – bayaran minimum adalah £1.20

Akses Internet  –  £1 untuk 15 minit pertama, kemudian 10p bagi setiap 1.5 minit

Emel laman web - £1 untuk 15 minit pertama, kemudian 10p bagi setiap 1.5 minit

Mesej teks – 10p bagi setiap mesej 160-huruf standard

Email segera – 20p setiap mesej

Untuk maklumat lanjut lawati  www.payphones.bt.com.

Telefon bimbit

Kebanyakan telefon bimbit dual and tri band yang mempunyai rangkaian GSM 900 atau 1800, akan berfungsi melalui “roaming” di Britain. Semak dengan rangkaian telefon bimbit anda sebelum anda berlepas untuk memastikan fungsi “roaming” telah diaktifkan pada telefon anda. Anda boleh membeli telefon bimbit prabayar British termasuk nombor telefon dan kad SIM dengan hanya £30 di kedai kawasan “high street”. Anda tidak perlu menyerahkan kad identiti untuk membeli telefon prabayar, tetapi anda perlu memberi kad identiti dan bukti alamat di Britain untuk menyediakan kontrak telefon bimbit.

back to top
back to top


Cari