Kastam dan imigrasi

Pasport dan Visa

Passport & travel documents ©Stockbyte

Pasport

Sebaik tiba di United Kingdom, anda wajib menunjukkan pasport kebangsaan yang sah atau sebarang dokumen rasmi yang setaraf yang dapat mengesahkan identiti dan kewarganegaraan anda.

Visas

Anda mungkin memerlukan visa – sijil kebenaran kemasukan – sebelum anda ke Britiain, jika anda bukan warganegara British atau salah sebuah daripada negara Kawasan Ekonomi Eropah (EEA).
 

Warganegara beberapa negara akan memerlukan visa tidak kira apa tujuan mereka ke UK, manakala warganegara dari negara lain mungkin hanya memerlukan visa untuk tujuan tertentu; contohnya, untuk berkahwin dan tinggal bersama seorang warganegara British.

Jika anda mempunyai pasport dan visa UK yang sah, lazimnya anda akan dibenarkan masuk ke UK. Apabila tiba di Britain visa anda akan memberi imigresen UK maklumat tentang:

  • Tujuan anda ke Britain
  • Berapa lama anda dibenarkan tinggal di Britain
  • Hari terakhir anda dibenarkan tinggal di Britain

Kebenaran masuk mematuhi peraturan dan prosedur yang ketat. Untuk butir-butir lanjut tentang keperluan visa dan prosedur permohonan, lawati UK Visas.

back to top
back to top


Cari