FAQ
1. Apakah dokumen yang saya perlu untuk masuk ke Britain?
Anda perlukan paspot nasional yang sag atau dokumen rasmi setara yang membuktikan dengan baik identiti dan kewarganeraan anda. Jika anda bukan warganegara Britain atau negara Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), anda mungkin memerlukan visa (sijil kelulusan kemasukan)
Lihat:Paspot & visa
2. Adakah saya perlu visa untuk ke Britian?
Jika anda bukan warganegara Britain atau negara Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), anda mungkin memerlukan visa (sijil kelulusan kemasukan)
Lihat:Paspot & visa
3. Berapa kuantiti/banyak rokok, alkohol, minyak wangi dll yang saya boleh bawa ke Britain?
Berapa kuantiti/banyak rokok, alkohol, minyak wangi dll yang saya boleh bawa ke Britain?
Jika anda datang terus dari negara EU laim, anda boleh bawa sebanyak mana alkohol dan tembakau yang anda mahu asalkan ianya untuk kegunaan anda sendiri. Jika anda datang dari luar EU, anda boleh bawa sampai 200 rokok, 250g tembakau, 60cc minyak wangi, 2 liter wain ‘still table’, 1 liter spirit atau minuman keras lebih 22% jumlah dan 2 liter wain yang diperkuatkan (seperti ‘port’ atau ‘sherry’), wain berbuih atau minuman keras lain.
Lihat :Peruntukkan kastam EU
Peruntukkan kastam bukan EU
4. Apakah barangan yang dilarang & disekat dari dibawa masuk ke UK?
Sesetengah barangan seperti dadah tidak berlesen, senjata dan barangan palsu dilarang sama sekali. Barangan lain seperti kanister gas, haiwan hidup dan beberapa jenis tumbuhan disekat – anda tidak boleh mengimpotnya tanpa kuasa seperti lesen.
Lihat:Barangan larangan dan sekatan
5. Bolehkah saya bawa haiwan peliharaan dengan saya?
Anjing, kucing dan feret dari beberapa negara tertentu boleh masuk ke Britain melalui pengkalan masuk terpilih di bawah Skim Perjalanan dengan Haiwan Peliharaan tanpa kuarantin – asalkan beberapa syarat tertentu dipenuhi. Haiwan lain daripada ini mesti dikuarantun untuk enam bulan di premis yang diluluskan.
Lihat:Perjalanan dengan haiwan peliharaan
6. Di mana saya boleh menukar wang?
Matawang asing boleh ditukar dengan mudah di bank, pejabat pos, sesetengah hotel dan kiosk penukar wang, yang biasa terdapat di lapangan terbang antarabangsa dan di kebanyakkan pusat bandar.
Lihat:Matawang & menukar wang
7. Di mana saya boleh dapatkan kadar pertukaran asing yang terbaik?
Selalunya baik jika anda memeriksa kadar tukaran terkini sebelum anda bertolak. Pejabat pos di Britin tidak caj komisyen semasa menukar matawang. Anda juga tidak seharusnya dicaj komisyen semasa mengeluarkan wang tunail dari ATM atan bila menggunakan kad kredit/debit untuk membayar untuk perkhidmatan. Anda mungking dicaj bayaran kecil untuk transaksi luar negara – periksa dengan bank anda sebelum bertolak.
Lihat:Matawang dan menukar wang
Bank, ATM dan kad kredit
8. Di mana boleh saya gunakan kad debit/kredit di Britain?
Semua kad kredit yang mempunyai logo Visa, Mastercard atau American Express diterima luas di Britain. Jika kad anda tidak mempunyai sebarang logo ini, anda harus meminta penjual sebelum membeli sama ada kad anda diterima.
Lihat:Bank, ATM dan kad kredit
9. Adakah euro diterima di mana-mana di Britain?
Beberapa kedai, servis, tarikan dan hotel menerima kertas euro, tetapi memberi tukar dalam sterling. Kebanyakkan caj komisyen untuk ini.
10. Bolehkah saya menuntut kembali cukai untuk membeli-belah di Britain?
Jika anda tinggal di luar Kesatuan Eropha, anda boleh mengambil kesempatan skim Membeli-belah Bebas Cukai untuk menuntut balik Cukai Tambah Nilai (VAT) atas pembelian ekspot.
Lihat:Membeli-belah Bebas Cukai
11. Berapakah harga barangan harian?
Here's the approximate cost of a few daily items:
- £5-£10 Sarapan pagi hotel
- £15-£45 Makan malam (3 hidangan, tanpa wain)
- £2-£4 Snek tengahari/sandwic
- 50p Setem poskad ke luar negara
- 40p-£1 Tin cola
- £2-£4 Satu pain bir di pub
- £4 Satu tiket underground
- £2 Satu tiket underground Oyster (zon 1-2)
Lihat:Panduan harga & tip
12. Bilakah cuti umum dan cuti sekolah?
Cuti umum 2007: Januari, 2 Januari (Scotland sahaja), 19 Mac (Ireland Utara sahaja), 6 April, 9 April (England, Wales dan Ireland Utara), 7 and 28 Mei, 12 Julai (Ireland Utara sahaja), 6 Ogos (Scotland sahaja) 27 Ogos (England, Wales dan Ireland Utara), 25 and 26 Disember. Cuti sekolah adalah 6 minggu dari pertengahan Julai ke awal September, 2 minggu di Krismas & Easter, dan seminggu di pertengahan Oktober & pertengahan Februari.
Lihat:Zon masa & cuti
13. Apakah cuaca di Britian?
Britain beriklim sederhana dan kadang-kadang mendung. Walau bagaimanapun, kami menikmati petang musim panas yang panjang disebabkan oleh latitud utara kami dan cuaca yang baik boleh berlaku di semua musim. Ikut pautan untuk ramalan 5-hari
Lihat:Cuaca British
14. Apakah jenis soket yang saya perlukan?
Alatan elektrik di Britain secara umumya menggunakan soket piawai dengan 3 pin segiempat. Soket adaptor dan transformer kuasa senang didapati.
Lihat:Utiliti & servis
15. Bolehkah saya membeli kad SIM untuk telefon bimbit saya?
Anda boleh beli kad SIM bayar-sambil-guna dari kebanyakan penjual telefon bimbit dan kedai elektrik. Jika telefon bimbit anda menerima kad SIM dari syarikat selain dari yang anda biasa gunakan, anda sepatutnya boleh mendaftar SIM itu dan gunakan sepanjang perjalanan anda. Lihat penjual tempatan untuk maklumat lanjut.
16. Adakah saya perlu insuran perubatan?
Anda sangat dinasihatkan untuk mengambil insuran yang secukupnya sebelum datang ke Britian. Agen pelancongan anda boleh mengsyorkan polisi yang sesuai
Lihat:Perubatan & Kesihatan
17. Apa yang saya mesti buat jika saya perlu seorang doktor?
Jika anda jatuh sakit semasa melawat Britian, anda boleh dapatkan rawatan kecemasan di jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital- hospital Perkhidmatan Kesihatan Nasional. Tetapi, jika anda dimasukkan ke hospital sebagai pesakit, atau dirujuk ke klinik pesakit luar, anda akan diminta membayar kecuali jika anda memenuhi kriteria perlepasan.
Lihat:Rawatan kecemasan
18. Bolehkah saya bekerja di Britian?
Pada musim panas,majikan selalu mencari pekerj atambahan dan ramai mengalu-alukan aplikasi dari luar negara. Anda mungkin memerlukan Permit Kerja untuk bekerja secara sah di Britain. Kementerian Dalam Negara bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang memerlukan Permit Kerja.
Lihat:Bekerja sambil bercuti & visa