Maklumat perubatan
Insurans perubatan
Anda dinasihatkan untuk mengambil insurans yang mencukupi sebelum datang ke Britain. Ejen pelancongan anda boleh mencadangkan polisi yang sesuai.
Membawa masuk ubat ke UK
Sekiranya anda ingin membawa ubat masuk ke UK, semak bahawa ianya berlesen. Bawa ubat di dalam bekas yang berlabel seperti yang dikeluarkan oleh farmasi. Jika tidak, bawa surat daripada doktor atau kad kesihatan peribadi yang memberi butir-butir ubat yang telah dipreskripsikan, sekiranya ia dipersoal oleh kastam atau anda perlukan bekalan tambahan. Sila ingat bahawa terdapat beberapa jenis ubat yang boleh dibeli di kaunter di negara-negara lain mungkin terkawal di Britain, dan sebaliknya.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi HM Pusat Nasihat Kastam & Eksais , Tel: +44 (0) 20 8929 0152; Laman web: HM Kastam dan Eksais.
Farmasi dan “chemist”
Di Britain anda boleh mendapatkan preskripsi, dan di kaunter (tanpa preskripsi), ubat-ubatan serta nasihat pakar perubatan di farmasi – sering dikenali sebagai “chemist”. Kami menasihatkan anda supaya membawa surat daripada doktor anda yang menyatakan preskripsi dan dos anda sekiranya anda mengambil apa-apa ubat.
Waktu operasi farmasi
Farmasi selalunya dibuka dari 09:00 hingga 18:00 Isnin hingga Jumaat, 09:00 hingga 13:00 pada hari Sabtu dan terhad pada hari Ahad. Namun, di bandar-bandar besar anda akan menemui beberapa farmasi yang dibuka hingga lewat pada hari bekerja dan hari minggu. Untuk maklumat lanjut dan untuk mencari farmasi berdekatan anda, lawati National Health Service pharmacy information.
Vaksinasi dan inokulasi
Anda tidak memerlukan Sijil Vaksinasi Antarabangsa apabila berada di UK, tetapi anda perlu menyemak jika ia diperlukan untuk masuk kembali ke negara anda.
Makanan dan air
Tahap kebersihan makanan di Britain adalah sangat tinggi, jadi anda cuma harus berhati-hati apabila memakan barangan makanan, seperti memastikan ia dimasak dengan baik, atau ianya masih sebelum tarikh luput. Tahap kebersihan air juga sangat tinggi, dan umumnya bekalan air dapur, air paip di restoran dan ais batu merupakan air minuman yang selamat. Anda boleh mendapatkan air botol di kebanyakan kedai runcit dan serbaneka.