Wang dan mata wang

Mata wang

Unit mata wang Britain adalah Great British Pound (sterling) – GBP. Simbol bagi pound sterling adalah £.

British coins

Sistem kewangan British

Wang British berdasarkan sistem perpuluhan – terdapat seratus pence bagi setiap pound. Duit syiling mempunyai nilai 1p, 2p, 5p, 10p, 20p, 50p, £1 dan £2. Wang kertas pula mempunyai nilai £5, £10, £20 dan £50. Wang kertas £1 Scottish masih diedarkan di Scotland. Channel Islands dan Isle of Man mempunyai beberapa wang syiling dan kertas yang berbeza daripada tanah besar tetapi sistem kewangannya tetap sama.

Membawa wang ke UK

Jika anda warganegara EU dan dalam perjalanan dari EU, anda boleh bawa masuk dan keluar nota-nota bank, cek pengembara, surat kredit dll dalam apa jua matawang dan jumlah.

 
Sila ambil perhatian dari 15 Jun 2007, jika anda dalam perjalanan ke atau dari negara di luar Kesatuan Eropah (EU) anda perlu mengisytiharkan jumlah tunai 10,000 Euro atau lebih (atau bersamaan di matawang lain) ke Hasil & Kastam Diraja (HMRC)

Menukar wang & kadar pertukaran

Mata wang asing boleh ditukar dengan mudah di bank, pejabat pos, beberapa hotel dan kiosk Pertukaran Matawang Asing, yang terdapat di lapangan terbang antarabangsa dan kebanyakan pusat bandar. Anda boleh mengira nilai mata wang anda dalam pound sterling menggunakan penukar mata wang kami. Untuk melihat kadar pertukaran terkini lawati Financial Times currencies.

back to top
back to top


Cari