Keselamatan peribadi

Keselamatan peribadi

Adakah Britain selamat?

Menurut standard antarabangsa, Britain merupakan negara yang selamat dengan kadar jenayah  jalanan dan keganasan yang rendah. Gunakan panduan am ini untuk membantu anda mempertingkatkan keselamatan peribadi anda semasa kunjungan anda. Kebanyakan tip ini menggunakan akal waras, dan anda kemungkinan mempraktikkannya di negara sendiri, tetapi ia boleh mendatangkan perbezaan.

Situasi Kecemasan

Dalam kecemasan yang memerlukan ambulans,polis atau perkhidmatan bomba dail 999 daripada mana-mana telefon. Dalam kes jenayah tidak cemas anda harus menghubungi stesen polis tempatan.

Insurans

Kami menasihatkan supaya anda mengeluarkan insurans yang mencukupi sebelum anda bertolak untuk melindungi anda dalam apa jua isu perubatan dan kesihatan, dan juga untuk kecurian atau kerosakan ke atas harta benda anda.

Tip untuk memastikan anda sentiasa selamat

Menggunakan pengangkutan awam & teksi

  • Elak daripada menunggu berseorangan di perhentian bas dan di platform tren
  • Dalam sebuah bas dua tingkat, duduk di bawah supaya pemandu bas dapat melihat anda
  • Elak daripada duduk di dalam gerabak kosong di dalam tren dan tren bawah tanah
  • Semak masa tren, bas atau ‘tube’ terakhir untuk kembali ke tempat tinggal anda
  • Berjalan di landasan keretapi sangat merbahaya; jangan sesekali menyentuhnya
  • Selalu gunakan teki berlesen – semak di belakang teksi tersebut untuk memastikan ia mempunyai plat lesen yang rasmi
  • ‘Minicab’ yang berhenti di tepi jalan mungkin lebih murah, tetapi ia tidak begitu selamat berbanding dengan yang anda paggil melalui telefon
  • Jika anda memerukan bantuan segera apabila menaiki bas atau tren anda boleh menghubungi Polis Pengangkutan British di talian 0800 40 50 40 secara percuma


Berhati-hati di jalanan

  • Sentiasa berjalan di kaki lima menghadap trafik
  • Lihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan – ingat bahawa kereta memandu di sebelah kiri di Britain
  • Jangan sesekali membawa jumlah wang yang banyak bersama anda, tetapi pastikan ianya mencukupi untuk panggilan telefon dan tambang bas atau teksi untuk pulang
  • Pastikan tas tangan dan harta benda lain diletakkan dekat dengan badan anda dan di hadapan anda 
  • Elak daripada menggunakan mesin tunai di waktu malam atau kawasan terpencil, dan sentiasa peka dengan orang-orang di keliling anda
  • Cuba untuk tidak menunjukkan barangan mahal seperti komputer riba, telefon bimbit dan barang kemas
  • Elak bersemuka – jika anda diganggu, cuba melarikan diri daripada situasi tersebut
  • Jika anda fikir anda sedang diekori, pergi ke tempat awam berdekatan dan minta bantuan  


Di tempat tinggal anda

  • Elak daripada meninggalkan barang berharga di dalam bilik
  • Pastikan pintu dikunci sebelum anda bertolak
  • Tempat tinggal yang dibayar harus mempunyai pengesan asap dan bunyi amaran yang berfungsi
  • Pastikan anda telah tutup semua peralatan gas dan elektrik (kecuali peti sejuk) apabila anda keluar
  • Apabila tiba di tempat tinggal, pastikan anda tahu di mana laluan keluar, poin perhimpunan dan lokasi pemadam api
  • Pastikan staf di tempat tinggal anda membekalkan anda dengan informasi tentang prosedur untuk pemindahan kecemasan  

Untuk maklumat lanjut tentang keselamatan peribadi apabila melawat UK lawati Metropolitan Police tourist safety dan BBC crime prevention.

back to top
back to top


Cari