Utiliti dan servis
Utiliti dan servis
Kuasa Elektrik
Voltan yang digunakan di Britain adalah 240 volt arus aliran elektrik ulang-alik (AC) pada 50HZ. Kebanyakan soket direka untuk palam segi empat 3-pin yang standard. Peralatan elektrik di Britain amnya menggunakan palam standard dengan 3 pin bersegi empat.
Air
Kualiti air paip di Britain amat tinggi. Lazimnya anda boleh minum daripada semua paip air yang membekalkan air ke kawasan dapur. Air botol juga merupakan kebiasaan dan boleh didapati di kedai runcit dan pasaraya tempatan.
Gas
Gas selalunya digunakan di rumah untuk memasak, alat pembekal haba berpusat dan untuk memanaskan air. Sesetengah alat memasak mungkin menggunakan kedu-dua gas dan kuasa elektrik, contohnya ia mungkin menggunakan gas untuk plat panas dan elektrik untuk pembakar.
Bahan api kereta
Kebanyakan kereta di Britain berjalan menggunakan petrol, tetapi terdapat juga banyak kereta dan lori yang menggunakan diesel. Petrol selalunya dijual sebagai Empat Bintang (selalunya pam merah) atau tanpa plumbum (selalunya pam hijau); kedua-dua jenis ini terdapat di kebanyakkan stesen petrol. Anda juga akan melihat kereta-kereta elektrik, kombinasi elektrik-petrol dan gas petroleum cecair (LPG).
Ukuran dan Pertukaran
Kilometer & batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 kilometer = 0.621 batu
Liter & gelen
1 gelen = 4.546 liter
1 liter = 0.220 gelen
Kilo & paun
1 paun = 0.453 kilo
1 kilo = 2.204 paun