Cuaca

Britain mempunyai iklim yang agak sederhana dan kadang kalanya mendung. Namun, kita dapat menikmati waktu petang yang lama pada musim panas disebabkan latitud utara dan cuaca baik boleh terjadi pada mana-mana musim pun.

Cuaca di sini boleh berubah dari hari ke hari, tetapi umumnya musim panas (Jun-Ogos) adalah antara 14-30 darjah Celcius, dan musim sejuk (Disember – Februari) suhunya adalah antara 1-5 darjah Celcius. Terdapat perbezaan yang ketara antara suhu di Scotland dan Selatan England. Umumnya, kawasan yang lebih jauh ke selatan akan lebih panas.

Lihat ramalan cuaca di Britain untuk lima hari berikutnya.

Variasi bermusim & apa yang patut dipakai

Apa jua musimnya, cuaca British dijangka berubah dari hari ke hari, jadi jika anda memikirkan apa yang patut dipakai, adalah wajar bagi anda untuk membawa beberapa pilihan termasuk pakaian ringan, pakaian yang berlapis-lapis (dengan cara ini anda boleh menambah atau mengurangkan lapisan bergantung kepada keadaan cuaca), sekurang-kurangnya sehelai baju panas sarung dan kot kalis air atau payung. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik untuk apa yang harus dibawa, lihatlah variasi musim yang boleh anda jangkakan di Britain:

Spring

Musim Bunga (Mac- Mei)

Pada musim bunga, anda boleh menikmati cuaca panas yang indah, tetapi ia juga boleh menjadi dingin atau basah. Suhunya naik turun dari 6 hingga 11 darjah Centigrade. Mei boleh menjadi agak panas – hingga ke 18 darjah Centigrade. 

Summer

Musim Panas (Jun-Ogos)

Kebanyakan hari di musim panas adalah sederhana panas hingga panas, tetapi waktu petang boleh menjadi dingin. Suhu kebiasaan adalah antara 14-30 darjah Centigrade, namun ia boleh mencecah sehingga sekitar 35 darjah Centigrade pada sesetengah hari.

Autumn

Musim Luruh (September – November)

Pada musim luruh terdapat hari-hari yang panas, tetapi terdapat juga yang dingin. Suhunya naik turun sekitar 7 hingga 18 darjah Centigrade, tetapi lazimnya bulan September lebih panas daripada bulan November. 

Winter

Musim Sejuk (Disember – Awal Mac)

Waktu siang yang terpendek dan paling sejuk di Britain adalah pada musim sejuk (kira-kira 7-8 jam cahaya siang) tetapi ini boleh menjadi sejuk dan segar serta terang. Suhunya naik turun daripada sekitar 1 hingga 5 darjah Centigrade.

back to top

Cari