VisitBritain - Selamat Datang
Terdapat pelbagai jenis tempat tinggal yang berkualiti yang boleh anda pilih di Britain – walau dimana sahaja destinasi, bajet ataupun jangkamasa tinggal anda. Dengan tapak-tapak perkhemahan dan asrama-asrama untuk mereka yang mementingkan bajet, kotej-kotej layan diri dan apartmen untuk keluarga dan mereka yang berkumpulan, serta hotel mewah yang menjanjikan perkhidmatan dan kemudahan bertaraf dunia, anda akan dapat mencari kediaman yang serba selesa.
Sama ada anda suka hotel yang kecil dan ringkas, atau besar dan mewah, terdapat beratus-ratus pilihan. Atau kenapa tidak cuba penginapan tetamu untuk pengalaman yang mesra dan peribadi.
Asrama adalah ideal untuk semua jenis pengembara yang mencari penginapan kos rendah yang menyeronokkan. Penginapan kampus menawarkan kemudahan luas untuk nilai wang yang hebat.
Kampung percutian British tradisional menawarkan keseronokan dan hiburan untuk semua. Percutian, lawatan dan taman perkhemahan adalah persekitaran keluarga yang hebat dengan banyak aktiviti luaran yang menyeronokkan.
Jika anda mencari tempat untuk tinggal dan bukan sekadar untuk tidur, penginapan layan diri adalah ideal. Semua keselesaan rumah semasa bercuti.
Serviced Apartments offer the comfort, privacy and flexibility of a self-catering property, together with the added benefits of many hotel-type services