Britain

Britain penuh dengan kontras; arah mana sahaja yang dijelajahi anda akan dapat melihat pelbagai lanskap berbeza dan juga budaya yang berbeza sedia untuk diterokai. England, Wales, Scotland dan Ireland Utara adalah negeri yang berbeza dan mempunya adat, budaya dan tradisi tersendiri.

Lebih tentang Britain


Moie Des Orgeries from De La Coupee

Kepulauan Channel

Komuniti-komuniti yang mesra, tepian pantai semulajadi dan juga keindahan pemandangan yang tidak tercemar menjadikan pulau-pulau ini sesuai untuk mereka yang mahukan suasana pengembaraan di luar samada dengan berjalan kaki atau berbasikal.

England's North Country

England

Kunjungi England dan anda akan menemui kepelbagaian yang kaya dan menarik, sama ada di daerah-daerahnya mahupun para penduduk yang anda temui. Adalah mudah untuk sampai ke semua daerah di England dari ibunegerinya, London – kota yang memang terkenal dengan ketrampilan budaya, sejarah yang mengkagumkan serta restoran dan teater bertaraf dunia.

View over Calf of Man

Isle of Man

Sebuah negeri penuh dengan sejarah semulajadi, pemandangan indah dan kawasan sejarah yang tersohor dengan tarikan untuk semua usia dan minat.

Tower of London and Tower Bridge

London

Kota London sungguh meriah dan mempunyai pelbagai warna. Ianya penuh dengan sejarah, warisan dan budaya. Lawati lebih dari 300 muzium dan galeri seni atau nikmati pilihan lebih 6,000 restoran-restoran di London.

Landscape between Hilltown and Kilkeel

Ireland Utara

Bandar-bandar membeli belah yang riang dengan hiburan malam, pesta-pesta, aktiviti riadah, sajian istimewa dan tempat bersantai di mana anda boleh berehat menenangkan fikiran.

Piper at Kelvingrove Art Gallery, Glasgow

Scotland

Scotland, seperti semua yang anda gambarkan – whisky, golf, kemesraan penduduk, istana mewah dan tinggalan sejarah. Kawasan pergunungannya ialah antara alam semulajadi yang terakhir di Eropah.

View of the coast from the cliffs

Wales

Wales memikat pengunjungnya dengan lanskap menarik dan karakter yang menakjubkan. Penduduk Wales bertutur dalam bahasa Celtic dan juga Inggeris dan mereka mempunyai kebudayaan dan kesusasteraan tersendiri, di mana ianya disambut di pesta-pesta yang dikenali sebagai 'eisteddfodau'.

back to top


Cari