VisitBritain - Selamat Datang
Selamat datang ke panduan bandaraya kami. Di sini, anda akan jumpa semua yang anda ingin tahu tentang bandaray-bandaraya terbaik Britain – dari muzium dan galeri terbaik hingga menggunakan pengangkutan awam untuk berjalan.
Setiap panduan bandaraya mempunyai panduan waktu siang dan malam, jadi anda boleh mencari sesuatu untuk dibuat setiap minit, tidak kira apa minat anda. Samada anda ingin membeli-belah, bersantai di taman yang indah atau rumah bersejarah, menjelajahi kotaraya dengan pemandu atau menikmati budaya, kami mempunyai maklumat yang anda perlukan. Dan jangan ketinggalan “5 perkara yang mesti dibuat pada waktu siang dan malam” kami yang menjamin masa yang hebat untuk anda.
Jadi pilih satu bandaraya yang anda ingin melawati, dan ketahui apa yang menanti anda di Britain!
London adalah bandaraya terhebat di dunia – dan inilah masa terbaik untuk melawatinya.
Pelancong kali pertama ke Manchester sering-kali akan terpegun dengan seni bina, tarikan kebudayaan dan kemesraan bandar ini.
Selamat datang ke Edinburgh, bandaraya warisan dunia Scotland.
Orang ramai mengenali bandar ini sebagai tempat lahir kumpulan The Beatles dan rumah kepada Liverpool FC- Liverpool kini menarik perhatian sebagai Bandaraya Budaya Eropah 2008.