Brighton
Brighton
Gabungan menarik antara laut dan bandar, Brighton merupakan tempat terbaik untuk percutian singkat pada sebarang masa. Terdapat senibina anggun Regency, muzium dan galeri, tempat membeli-belah yang hebat, kafe-kafe, bar-bar dan restoran-restoran bergaya, kehidupan malam yang menyeronokan, seni dan teater – dan semua keseronokan pantai, hanya kurang sejam dari pusat bandar London.
Jangan ketinggalan untuk melawat Royal Pavilion, rumah pinggir laut Raja George IV, sebuah senibina eksotik dengan kubah India dan hiasan dalaman China. Terdapat juga Jeti Brighton Victorian, dipenuhi cahaya berwarna-warni pada waktu malam. Bersiar-siar di sepanjang pantai dengan kafe-kafe dan bar-bar yang menarik, studio-studio artis dan arca-arca dramatik yang menghiasi pemandangan laut.
Terokai lorong-lorong sempit Lanes abad ke-17, dibarisi oleh kedai-kedai menarik menjual barangan antik, barangan kemas dan pakaian pereka serta Laine Utara gaya bohemian, penuh dengan kedai-kedai menjual barangan aneh tetapi menarik.
Bagi kehidupan malam terdapat pub-pub dan bar-bar, kelab-kelab untuk semua citarasa dan peringkat umur, muzik secara langsung, persembahan pra-West End dan pelbagai jenis restoran. Terdapat juga banyak pilihan tempat penginapan, dari hotel-hotel 5 bintang ke B&B tradisional yang selesa.