Portsmouth
Terletak di pantai selatan England, Portsmouth merupakan satu-satunya bandaraya pulau UK. Dengan pinggir laut yang berbatu-batu jauhnya menjangkau menerusi Old Portsmouth yang indah dan di sepanjang persisiran pantai Southsea’s Victorian, bandaraya ini mempamerkan pemandangan semua aksi-aksi kesibukan Perairan Solent yang tiada tandingannya. Terkenal dengan 800 tahun sejarah angkatan laut, Portsmouth kini cepat membangun menjadi bandaraya pinggir laut yang paling kosmopolitan di UK.