VisitBritain - Selamat Datang
Britain menawarkan rangkaian tempat-tempat yang hebat untuk dilawat. Begitu banyak, sehingga sukar untuk memutuskan ke mana untuk pergi. Jangan bimbang! Kami telah bercuti tanpa henti untuk membawa anda lokasi terhebat bulan ini. Ia mungkin tuan rumah kepada acara atau fokus nasional, ianya merupakan tempat hebat untuk melawat pada musim ini atau cuma kami begitu suka dengan apa yang ditawarkan dan ingin anda mengalaminya juga.
Ibukota Scotland terkenal bukan hanya untuk senibina neo-klasiknya, tetapi juga kehidupan artistiknya yang mengacarakan festival seni terbesar di dunia setiap tahun.
Liverpool pantas menjadi destinasi percutian bandar Eropah yang semakin popular. Dianugerahkan Ibukota Budaya Eropah 2008, ia mempunyai lebih banyak teater, muzium dan galeri daripada mana-mana bandar di luar London.
Stratford-upon-Avon ialah tempat lahir penulis William Shakespeare yang terkenal dengan sungainya yang indah, lima rumah-rumah yang berkaitan dengan Shakespeare serta dua teater-teater Royal Shakespeare Company.
Cardiff, ibu kota Wales yang bersemangat menawarkan peluang membeli-belah yang hebat, kehidupan malam yang penuh bertenaga, kesenian dan kebudayaan yang semakin mengembang dan sejarah sejak zaman Roman.