Kisah Bulan Ini
Jangan lepaskan kisah rencana bulan ini tentang pengalaman British yang mesti dialami. Bulan ini, Adrian dari London, bermakan malam dengan pasangan Williamses di Wales.
Makan malam bersama Emyr and Val!
Selepas memandu melalui M4 dari London saya tiba di Cardiff Cardiff untuk mendaftar masuk di tempat penginapan saya. Dikenali sebagai Town House, tempat penginapan ini terletak di Cathedral Road hanya beberapa minit jika memandu dari The Millennium Stadium dan pusat bandar.
Makan malam bersama penduduk tempatan
Petang itu, saya turut bersama untuk makan malam bersama sebuah keluarga Welsh tempatan, keluarga tuan rumah ini merupakan pasangan Emyr and Val Williams. Mereka mengambil bahagian dalam skema makan malam yang menarik dipanggil Home Dinners in Wales (www.homedinnersinwales.com/).
Pengalaman Welsh yang Tulen
Lebih kurang 50 buah keluarga mengambil bahagian dalam skema ini dari Cardiff ke Swansea dan di North Wales. Idea skema ini adalah untuk memberi peluang untuk para pelancong untuk meluangkan masa suatu petang yang menarik dengan keluarga Welsh yang benar-benar seronok melayan tetamu di rumah mereka.
Menu tradisional Welsh
Seperti yang anda boleh bayangkan, dengan serta-merta saya berasa amat selesa bersama mereka dan dalam masa 20 minit saya sedang menikmati hidangan Welsh dipanggil Cawl (bubur ala welsh) diikuti dengan masakan daging anak kambing Welsh dengan hidangan tepi dan akhirnya, semangkuk trifle - salah satu pencuci mulut kegemaran saya.
Nasihat daripada Nenek
Saya gembira dapat bertemu dengan nenek Val yang berumur 91 tahun yang banyak menceritakan tentang kehidupannya. Dalam beberapa perkataan Inggeris (Welsh merupakan bahasa ibundanya) dia memberi nasihat tentang kepentingan “jam” dan “meja”. Secara amnya, selalu tiba pada masanya dan meluangkan masa untuk makan malam dengan keluarga anda. Saya rasa kita boleh belajar daripada pengalamannya itu!
Petang saya dengan keluarga Williams adalah kemuncak lawatan saya ke Wales.
back to top