• Tandakan laman ini
  • Emel laman ini kepada rakan

Perkara-perkara untuk dilihat dan buat

Unik, tradisional, kesenian, kesegaran, imaginasi, ketakjuban – Britain mempunyai semuanya dan terdapat banyak lagi. Jika anda mencari inspirasi, aksi, ketenangan atau mahukan pengembaraan mencari harta yang tersembunyi, jelajahilah Britain mengikut pilihan anda...

Cycling in Wales

Jadual perjalanan

Rasa kehebatan disepanjang perjalanan di negara ini dari satu pantai ke pantai yang lain. Lihat keindahan bukit bukau yang menghijau dengan suasana yang romantik dengan perjalanan menggunakan kereta api. Kami mempunyai banyak jadual perjalanan untuk dipilih, jadi pilihlah jenis pengangkutan atau kegemaran anda. Jika tidak, kami boleh membantu anda membuat perancangan dengan memberikan anda perjalanan yang terbaik.


Fireworks Display

Daya tarikan dan acara-acara

Terdapat beribu-ribu daya tarikan dan acara-acara yang bertaraf dunia di Britain. Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan masakan Britain di pesta-pesta makanan yang hebat. Hiburkan keluarga di taman tema yang popular, menari di jalan di karnival Caribbean ataupun selami harta warisan Britain di istana bersejarah. Di mana sahaja anda berada di Britain, anda akan menjumpai pelbagai jenis hiburan tanpa henti.


Melrose Abbey

Menarik

Tiada perkara yang lebih seronok daripada bercuti dan melakukan sesuatu yang benar-benar anda minati. Jadi, kami telah menyediakan banyak idea dengan percutian yang menarik untuk dipadankan dengan kegemaran anda.


The River Thames, London

Perkara-perkara untuk dilakukan untuk individu seperti saya

Bersyukurlah kerana kebanyakan kita tidak serupa! Walaupun kadang-kadang ia boleh menjadi susah untuk dapatkan set percutian yang mengikut kehendak diri dan gaya hidup kita. Nasib baik kami telah mengumpulkan beberapa idea yang menarik untuk perkara-perkara bagi individu seperti anda. Gunakannya sebagai ilham anda dan untuk membantu anda mendapatkan percutian yang sempurna.



Cari