VisitBritain - Selamat Datang
Terdapat beribu-ribu daya tarikan dan acara-acara yang bertaraf dunia di Britain. Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan masakan Britain di pesta-pesta makanan yang hebat. Hiburkan keluarga di taman tema yang popular, menari di jalan di karnival Caribbean ataupun selami harta warisan Britain di istana bersejarah. Di mana sahaja anda berada di Britain, anda akan menjumpai pelbagai jenis hiburan tanpa henti.
Kami menyenaraikan lebih 15,000 tumpuan dan acara di Britain, namun terdapat beberapa yang terbaik di sini yang akan diadakan dan akan datang.
Kepulangan Scotland 2009 merupakan acara pertama seumpamanya di Scotland, meraikan ulangtahun ke 250 Robert Burns dengan acara sepanjang tahun dengan pelbagai acara hebat.
Selamat datang ke tempat yang penuh dengan kehebatan masak-memasak. Cara terbaik untuk anda menikmati budaya unik kami ialah dengan merasa rangkaian ekstensif makanan dan minuman kami yang lazat.
Dari taman yang dilanskap dengan indah ke kawasan berceranggah yang kaya dengan keindahan semulajadi, semuanya dipenuhi dengan spesis flora dan fauna yang cantik dan jarang dijumpai. Memang indah untuk dialami.
Jejak langkah raja-raja zaman lampau, turun tangga menara purba yang dimakan masa, berdiri di mazbah keemasan pembesar-pembesar zaman dahulu. Rasai sejarah dan warisan Britain.
Britain ialah pemimpin dunia dalam pusat-pusat kebudayaan. Dengan lebih 2,500 muzium dan galeri di UK, anda tidak akan kekurangan pameran menarik untuk dilihat.
Sebelum permainan realiti virtual dan taman tema mencabar, kita ada muzik, tarian dan teater untuk menghiburkan kita. Dan tidak mengejutkan, seni purba ini masih kegemaran kita.
Untuk mereka yang bertenaga selepas gelap. Kehidupan malam Britain tiada tandingan. Bar, kelab, disko, opera, dewan muzik semua terkenal untuk aktiviti malam.
Keluar dan rasa udara yang segar. Tidak kira bila masa anda melawat, mencuba aktiviti luar yang cergas dan santai adalah satu kemestian.
Britain ialah tempat membeli-belah terkenal di Eropah dan menawarkan kualiti klasik, variasi pelbagai budaya, gedung dan pusat membeli-belah, pasar serta nilai hebat.
Kemungkinan bersiar-siar di Britain tidak terhad. Zoo, pesta, laluan jalan kaki, pertunjukkan dramatik dan laser, taman tema, pameran hasil lilin, pertunjukkan udara....senarainya tidak terhad.
Britain merupakan pemimpin dalam banyak sukan; ragbi, kriket,olahraga – namakan sahaja. Dan sebagai tempat lahir bolasepak, kami syurga peminat sukan.