Terdapat beribu-ribu daya tarikan dan acara-acara yang bertaraf dunia di Britain. Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan masakan Britain di pesta-pesta makanan yang hebat. Hiburkan keluarga di taman tema yang popular, menari di jalan di karnival Caribbean ataupun selami harta warisan Britain di istana bersejarah. Di mana sahaja anda berada di Britain, anda akan menjumpai pelbagai jenis hiburan tanpa henti.