Membeli-belah bebas cukai
Dapatkan lebih untuk wang anda! Pembeli-belah yang menetap di luar Kesatuan Eropah boleh mendapatkan kelebihan daripada Skim Membeli-belah Bebas Cukai untuk mendapat kembali Cukai Tambah Nilai (VAT) ke atas pembelian untuk ekspot.
1. Cari pelekat Skim Membeli-belah Bebas Cukai di tingkap kedai.
2. Buat pembelian minima, periksa jumlah dengan stor-stor kerana harga belian minima yang ditetapkan adalah berlainan.
3. Tanya dan isikan borang cek Bayaran Balik Cukai.
4. Semasa meninggalkan negara, tunjukkan paspot dan borang Cek Bayaran Balik Cukai kepada kastam, yang akan sahkan pembelian anda. (sediakan barangan untuk ditunjukkan kepada mereka jika diminta)
5. Dapatkan bayaran balik tunai anda di pejabat Bayaran Balik atau hantar borang yang disahkan kepada syarikat Bayaran Balik Cukai yang diberikan di borang untuk cek yang akan dihantar ke alamat anda atau dikredit terus ke kad kredit anda.
Untuk maklumat lebih, lawat www.premiertaxfree.com atau www.globalrefund.com.