VisitBritain - Selamat Datang
Bertaraf dunia, mencabar, menyeronokkan, banyak pilihan – hanya beberapa perkataan untuk menggambarkan kegiatan sukan di Britain. Rancang percutian anda sekarang dan terus menuju ke tempat-tempat ini untuk merasai kehebatannya samada anda menonton ataupun mengambil bahagian di dalam acara.
Britain ialah tuan rumah kepada beberapa acara sukan terhebat di dunia – Wimbeldon, London Marathon dan tahun ini, kami juga mengacarakan tahap pertama Tour de France.
Sepakan menuju ke kotak, pemain menerkam untuk mengambilnya dan penyerang menundukannya ke arah gol. Untuk satu detik, penonton-penonton senyap dan semua mata memandang bola.
Selamat datang ke Britain, tempat asal golf. St Andrews, The Belfry, Royal Liverpool, dan Royal Blackheath – kami ada antara kelab dan padangt golf yang paling terkenal di dunia.
Kriket – salah satu permainan tertua di Britain. Sukan ‘gentleman’ sebenar, asalnya permainan pilihan bangsawan dan aristokrat, dan sehingga hari ini, pemain masih berhenti di pertengahan perlawanan untuk teh petang.
Ragbi – antara sukan paling lasak di Britain. Alami keseronokan hebat satu perlawanan ragbi: lumpur, peluh, darah, kesunyian tegang sebelum sepakan dan keriuhan sorakan selepas itu.
Tenis ialah sukan unggul Inggeris dan satu menarik orang ke Britain dari seluruh dunia – apa yang lebih menarik daripada duduk di bawah sinaran matahari di Gelanggang Tengah di Wimbeldon dengan strawberi dan ‘champagne’?
Nikmati sehari di gelanggang lumba kuda di Britain. Dengan 59 gelanggang dan beratus-ratus perlumbaan, ada satu perlumbaan untuk semua.
Jika anda peminat sukan motor, Britain ialah sudah pastinya tempat untuk anda. Tuju ke trek perlumbaan bertaraf dunia kami, di mana kamu akan alami keseronokan dan kelajuan perlumbaan.