VisitBritain - Selamat Datang
Alami pengalaman James Bond yang paling hebat. Bersiar-siar di London Bond, belajar apa yang membuat seorang perisik hebat,lihat pemandangan London yang terkenal ala Bond dengan bot laju dan lawat tempat di mana frasa “shaken not stirred’ diterbitkan.
Jejak ke dalam dunia Beatrix Potter di Lake District. Lawat rumah di mana dia tinggal dan menulis cerita-ceritanya, berjalan melalui desa yang menginsipirasikannya,dan jumpa Peter Rabbit, Jemima Puddleneck dan kawan-kawan mereka.
Ketika Narnia sebenar hanya boleh dicapai melalui almari ajaib, anda boleh melawat beberapa tempat di Ireland Utara yang membentuk hidup penulis C.S. Lewis dan menginsipirasikan landskap mistik Narnia yang diciptanya.
Teraju dunia Jane Austen dengan jadual perjalanan Pride and Prejudice ini. Lawat rumah-rumah Elizabeth Bennet dan Mr Darcy, dan berjalan di sekitar landskap Peak District yang menginspirasikan Austen.
-----------------------------------------------------------------------
Jika filem dan bintang filem adalah kegemaran anda, tuju ke Madame Tussauds London yang terkenal di dunia. Muzium karya lilin yang mengkagumkan ini telah menghiburkan pelawat selama lebih 200 tahun, an pengalaman interaktif yang baru pasti tidak menghampakan.
Paling hebat, anda boleh elakkan baris panjang untuk tiket dengan menempah dahulu.
Untuk butir lanjut dan menempah, klik di sini.