Jadual perjalanan membeli-belah

Britain sangat termasyhur sebagai destinasi membeli-belah antarabangsa berabad lamanya. Pilih salah satu jadual perjalanan eksklusif di bawah ini dan pergi membeli belah di sekitar negara sehingga anda berasa puas.

Carnaby Street

London

Tidak ragu-ragu bahawa London adalah destinasi membeli-belah yang terhebat di dunia. Di London segalanya ada – termasuklah kedai serbaneka yang terkenal dan jenama antarabangsa daripada pereka dari butik tempatan dan rangkaian kedai ‘high street’. Membeli-belah di London merupakan satu kepuasan yang tidak patut anda lepaskan walaupun cuma melihat sahaja cukup untuk memuaskan mata.

London
Coggeshall

England Timur

England Timur menawarkan gabungan membeli-belah yang menarik termasuk barangan antik, bandar bersejarah dan perkampungan yang indah. Perjalanan ini membawa anda melalui beberapa kawasan yang paling bersejarah di England dan kami boleh jamin bahawa but kereta anda tidak akan kosong ketika pulang ke rumah.

England Timur
Coton Manor Garden

Kedai di sekitar Northamptonshire

Northamptonshire menawarkan begitu banyak sebagai destinasi membeli-belah. Anda akan menjumpai pembekal barang antik, gudang barangan istimewa, butik dan beberapa pasar petani di UK. Ambil masa anda untuk menikmati ketenangan dan kesejahteraan di kawasan membeli belah desa.

Northamptonshire

 

---------------------------------------------------------------
Jika anda menuju ke West End, anda boleh lihat banyak tanda HABIS DIJUAL di luar setiap persembahan teater. Tetapi, anda boleh dapatkan tiket sebelum anda berlepas dengan klik di sini.

back to top
back to top


Cari